Mesej Pengetua
Selamat datang ke Dwi Emas International School, Sekolah Antarabangsa Keusahawanan Pertama di Malaysia! Dalam usaha memperkayakan pengalaman pelajar, membantu mereka berkembang dan membentuk jati diri, kami menggunakan pelbagai pendekatan yang telah terbukti berkesan. Ini kerana pelajar kami dapat melihat sendiri nilai dalam setiap perkara yang mereka pelajari dan memahami bahawa pendidikan yang diberikan adalah untuk kebaikan serta masa depan mereka. Apabila perkembangan dan kesejahteraan pelajar menjadi keutamaan, mereka akan lebih terbuka untuk belajar, mencuba perkara baharu dan terus memperbaiki diri.
Kami menggunakan The ACE Method di semua sekolah kami, termasuk ACE Biosphere dan Lil Unicorn, bagi memastikan kerjasama yang erat antara semua pihak, termasuk pelajar, guru dan ibu bapa. Kami percaya bahawa kerjasama dengan ibu bapa membantu pelajar berkembang secara menyeluruh dan konsisten, sama ada di sekolah mahupun di rumah. Kami juga percaya bahawa tingkah laku dan sikap pelajar memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi mereka. Oleh itu, pembentukan karakter sama pentingnya dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka peroleh.
Teras utama Dwi Emas ialah Program Dwipreneurship, sebuah ekosistem keusahawanan yang direka untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran yang berguna sepanjang hayat, supaya mereka lebih bersedia untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Pemikiran keusahawanan bukan sekadar tentang memulakan perniagaan. Apabila ilmu dan cara berfikir seperti seorang usahawan diterapkan dalam kehidupan anak-anak, mereka dapat membina kemahiran yang relevan untuk masa depan, seperti menyelesaikan masalah, daya tahan, sikap proaktif dan kesedaran diri.
Melalui pelbagai aktiviti menarik dan pembelajaran yang menggalakkan idea kreatif, guru-guru kami memberi penekanan kepada pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Pelajar juga didedahkan kepada pelbagai kaedah dan bahan pembelajaran yang membantu mereka mengingati maklumat serta memahami sesuatu konsep dengan lebih mudah.
Apa yang istimewa tentang guru-guru kami ialah mereka bukan sahaja berkelayakan tinggi, malah mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, sains bioperubatan, perubatan dan banyak lagi. Kami juga merupakan antara institusi yang mengendalikan latihan guru sendiri. Lebih istimewa lagi, ramai guru kami telah bersama kami selama bertahun-tahun, malah ada yang kekal sejak kami mula beroperasi pada tahun 2009. Mereka kekal kerana mempunyai komitmen yang tinggi untuk memberi impak positif dalam kehidupan setiap pelajar.
Apabila anda berkunjung ke sekolah kami, luangkan sedikit masa untuk berbual dengan guru-guru kami dan kenali apa yang mendorong mereka dalam bidang pendidikan. Bagi mereka, antara perkara yang paling bermakna ialah apabila dapat melihat perubahan positif dan memberi impak dalam kehidupan seorang pelajar.
Saya berharap anda akan memilih Dwi Emas sebagai tempat untuk anak anda belajar dan berkembang bersama keluarga ACE. Kami komited untuk membantu setiap pelajar mencapai kejayaan dalam kehidupan, tidak kira apa jua bidang yang mereka pilih pada masa hadapan.
Visi
Membimbing SETIAP Anak Agar Mempunyai Nilai dalam Dunia Sebenar, Bermula SEKARANG!
Demi Masa Depan yang Penuh Ketidakpastian dan Sentiasa Berubah!
Misi
Melengkapkan setiap pelajar dengan kemahiran keusahawanan yang membolehkan mereka mencipta kejayaan sendiri, seiring dengan kemahiran akademik yang dipelajari.
Lil Unicorn ialah tadika kami yang menawarkan program pendidikan berkonsepkan Finland-Asia, dibangunkan bersama pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari Finland, Dr. Kati Rintakorpi. Lil Unicorn turut menerima anugerah Tadika Hibrid Finland-Asia Terbaik dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan Keusahawanan Terbaik oleh Baby Talk dalam Readers’ Choice Awards 2021.
Dr Kati Rintakorpi
Penasihat Khas dalam Perkhidmatan Sosial dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta Pakar Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak Finland
ACE EdVenture Biosphere, program pengambilan bulan Ogos Dwi Emas, membawa misi untuk membentuk pelajar yang mempunyai keupayaan untuk mencorak semula dunia.
Sebagai kesinambungan kepada pendekatan keusahawanan kami, ACE Biosphere memperkenalkan kurikulum NatureTech Focused Learning yang kami bangunkan untuk menerapkan penggunaan teknologi dalam usaha menjaga dan memelihara alam sekitar.
Anne Tham
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ACE EdVenture Group, Malaysia
Nilai-Nilai Kami
Kasih Sayang
Layan setiap orang, termasuk diri sendiri, dan hadapi setiap perkara dengan penuh rasa hormat, rendah hati, baik hati dan empati.
Keceriaan
Cipta detik yang menyeronokkan dan penuh kegembiraan dalam setiap perkara yang kami lakukan, agar menjadi kenangan yang sentiasa diingati.
Kekeluargaan
Bina hubungan yang saling memperkasa dengan setiap individu dalam komuniti kami, dan sokong mereka untuk mencapai potensi terbaik dalam diri.
Kesyukuran
Amalkan rasa syukur dalam hubungan sesama kita, sama ada ketika meraikan kejayaan mahupun menghadapi cabaran.
Penerimaan Kepelbagaian
Wujudkan pendekatan dan rangka kerja yang sesuai dengan keperluan unik setiap individu dalam komuniti kami.
Legasi
Pastikan setiap perkara yang kami hasilkan memberi impak positif dan memperkasa kehidupan manusia untuk generasi akan datang.